Tuesday, April 12, 2011

kita

awan tebal menutupi langit biru
dimana disebalik awan itu
tersingkap seribu macam cerita
kerajaan langit yang tercipta
penuh kemahsyuran
lebarkan sayap mu wahai teman
mantapkan akal mu wahai kawan
demi mengecapi sebuah impian
yang terlukis di minda fikiran
usah kau berduka teman
jangan toleh kebelakang
usir semua penghalang impian
laksanakan semua kewajipan
tanamkan azam yang kental
belajar dari kegagalan
usaha berterusan
serahkan kepada yang maha kuasa
kerana DIA yang menentukan segalanya..

No comments:

Post a Comment