Thursday, April 28, 2011

perasaan je...

hush...hush...angin bertiup sepoi-sepoi bahasa....

demm...sakit nyer pinggang aku....spoil btol!!baru nak bercengkerama di bawah bulan purnama bersama buku dan nota tercinta...semalam pon sakit gak...ke pasal stress nk exam??sebelum2 ni x penah pon sakit...ala-ala kne serang askar jepon pulak...mereka mengadakan tembak- menembak di antara tulang belakang aku..pastu tersasar,kne plak tulang belakang nih...haih..macam penah berperang ngan askar jepon je aku ni..tgok citer jepon suke la....

rase2 nye exam ade la lagi 10 hari..bukan exam biase weh...final nih...penentu mase depan!!!wah!!gitu...aiyoo..masih sempat update ini blog ka amoy??lu tidak blaja ka amoy??nnt lu jugak yang susah....haiya....

mau blaja..tapi bila dh start bukak buku ade je benda aku buat...baru 5 minit bukak buku,tiba2 teringat,kain x sidai lagi,nak lipat baaju la,tibaa2 nk kemas almari la,nak tukar cadar la...mcm esok x bleh buat...lagi plak..kalu datang angin rajin,,siap masak lagi tuh....ntah la...
ape2 pon msti do the best utk exam ni...x bley memain.....

Wednesday, April 27, 2011

time2 ni la nk ngantuk!!!

bila dah dekat2 nk exam ni..semua orang pun pulun la nk bce nota....walhal..sblm ni x de pon..(org2 itu termasuk aku ler...)seyes weh..aku bg tau...ntah hape2 dlm otak aku skrg nih...rse2 mcm sume blom blaja..bila bkk nota mcm sume dh tau...bila bt latihan soklan past year half2 jek...

malang lagi,tme2 ni la plak ngantuk...baru kol 9 lebih...klu ngadap nota mmg ngantuk..klu usha blog n fesbuk,x plak nk ngantuk..segar je..mcm baru bgun tido...haramm btol...

malang kedua plak...
tiba2 dpt sore throat..siap add on demam ngan sakit2 sendi..wahh..mcm kombo kfc plk....mmg sodap...

mybe allah bagi aku musibah sakit ni bkn ape...nk kasi cuci dosa kecil kot...bg ringan timbangan dosa..dh la amal x bnyk sngt...

2 je...harap soklan yang akan kuar nnt senang...bole jawap...insyaallah....amin...

Saturday, April 23, 2011

untukmu adam


Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

akibat tido lepas waktu asar,,

T_T....knpe nih..mcm sedih je hati...bila sedih2 ni..rasa lapo plak...rse mcm nk jerit2...ni msti tdo lps asar ni..bkn sngaja tido..tertido,penat sngt kot..


harap2 sume ok....


kadang2 tgk org bahagia,terasa jeles plak...hehehe..eh,x bahagia ke aku???aku je yang paham..mmg..luka di badan boleh nmpk..tapi luka dihati sape yang tahu...essehhh!!terluka plak dah...sabar lah hati,suatu hari..ia akan menjadi milikku jua,jika tidak didunia,mungkin di alam lain nanti..bak kata pepatah,takkan lari gunung dikejar,kalau dah jodoh tak kemana,di manakah anda bersembunyi wahai jodoh ku...aku masih tidak dapat bayanganmu...


ah..sudah2 la 2...masaalah btul klu tido lps asar ni,ni lah jd nyer..mcm x betul....u all sumer,jgn tdo lps asar...nnt boleh gler...klu tertido x pe..klu slalu sangat tertido tuh...susah le....tgk...aku dah pening2 mcm ni...merapu yang bukan2..setan btol setan ni yea.....dah,tu je...


gcs:14/15
pupil:2mm
general condition:concious but badly confuse

Tuesday, April 19, 2011

hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
 
(al-Bukhari)


 
Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Sunday, April 17, 2011

nilai cinta

benarlah kata pujangga,pengalaman adalah guru terbaik..
pengalaman jugalah mematangkan dan mendewasakan diri kita untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh tersungkur sekali lagi.
hidup tidak bermakna tanpa cabaran bukan??


dan daripada pengalaman penuh liku itulah yang akan menjadikan kita seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas sepanjang lorong-lorong kehidupan...


sebenarnya kita sudah bosan fikirkan tentang satu perkara ini..
CINTA.....
ya..tentang cinta..kerana cinta membuatkan kita lalai,kita alpa,kita,mabuk dan beribu macam perkara lagi...


tapi hanya itulah yang sering kita perkatakan dan cari seterusnya untuk dimiliki selagi kehidupan ini tidak berakhir..


dan selagi wujudnya manusia daripada benih adam dan hawa selagi itulah mereka tidak akan sekali-kali berhenti berbicara tentang cinta......

Hikmah Ayat Al-Kursi Menurut Hadis



1. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah sehingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk ke dalam syurga, dan barang siapa yang membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya,

4. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardu, Allah SWT akan menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

5. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya –mereka semua memohon dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya.

Saturday, April 16, 2011

cerita ais...

Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.

Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.

Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.

Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.

“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.

“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.

Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.

“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.

“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari.

“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.

“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.

Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka.

Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.

“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.

“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.

Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.

Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.

Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.

Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.

“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.

“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.

Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.

“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.

“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

Rahsia ais dan air sejuk

- Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

- Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

- Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

- Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

- Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

- Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

- Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Thursday, April 14, 2011

kawan

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri 
Impian sendiri
Meski pun jauh namun 
Kita tetap bersama 
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah bintang bintang di langit
Takkan selalu berkerlipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu 
Umpama lipan dan kala 
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Wednesday, April 13, 2011

terima kasih

saya ingin mengucapkan terima kasih berbanyak2 kepada sesiapa yang telah memblock dan remove saya sebagai fren anda.kerana saya pun sangat2 tidak memerlukan anda di environment saya ini....

bagi sesiapa yang ingin mengadd saya di mne2 laman sekalipon termasuk lah blog saya yang tak sampai pun setahun jagung saya dengan berbesar hati,merendah diri,dengan tangan yang terbuka menyambut anda semua terutama blog saya ini...

kehadiran anda di blog dan di facebook saya amat saya hargai.....

sekian terimakasih..

yang benar

MADY ^_^

Tuesday, April 12, 2011

kita

awan tebal menutupi langit biru
dimana disebalik awan itu
tersingkap seribu macam cerita
kerajaan langit yang tercipta
penuh kemahsyuran
lebarkan sayap mu wahai teman
mantapkan akal mu wahai kawan
demi mengecapi sebuah impian
yang terlukis di minda fikiran
usah kau berduka teman
jangan toleh kebelakang
usir semua penghalang impian
laksanakan semua kewajipan
tanamkan azam yang kental
belajar dari kegagalan
usaha berterusan
serahkan kepada yang maha kuasa
kerana DIA yang menentukan segalanya..

Monday, April 11, 2011

kebaikan susu ibu

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.
Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagaiKolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.
Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).
Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.(kalau minum susu lembu..ikut lembu la...)
Mencegah dari penyakit rabun malam.

Mencegah bayi daripada mendapat alahan.


Menggelakkan penyakit taun.


Menggelakkan jangkitan telinga

Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.
soo..dah tau kan...jadi buat pilihan yang bijak....

kenapa manusia lupa???

manusia lupa kerana keseronokan dunia


-abaikan ibu bapa-


tidak semestinya membiarkan ibubapa keseorangan ditinggalkan,tetapi,apabila kita membelakangi ibu bapa,itu juga adalah suatu pengabaian..


-terlalu mencintai dunia lebih dari mencintai akhirat-


itu lah..kalau dah asyik sangat bercinta tu...sume kehendak dituruti...ape yang di buat pun dah tak kira dosa pahala,halal haram..padahal ilmu agama bukan tiada,tapi ikutkan nafsu semata-mata.si lelaki berani mencuba,si perempuan biarkan saja.akhirnya,mahkota yang di jaga selama ini hilang begitu sahaja..selain itu terlalu mengejar kekayaan di dunia hingga melupakan tujuan asal kehidupan.sibuk mencari kekayaan sehingga melupakan ibadah wajib.solat.


-terlalu senang untuk mendapat kehendak dan keperluan-


akibat kualiti hidup yang sangat memuaskan sehingga semua dipermudahkan,jadi tidak hairanlah jika manusia sekarang tidak begitu menghargai sesuatu.dalam erti kata lain adalah tidak bersyukur.


sifat setiakawan semakin berkurangan


istilah p.r.n


wujudnya istilah diatas merujuk kepada kawan yang hanya perlukan kawan jika perlu sahaja.jika dia tidak memerlukan,maka tiada la wujud pesahabatan disitu.sebab itu lah sekarang banyak kejadian kawan makan kawan,potong memotong sesama sendiri.perlakuan p.r.n adalah tidak matang samasekali...

Tuesday, April 5, 2011

ape makne nye sume nih....

hari ni aku keje pagi....biasa la,,buat rutin kat wad la hari2....ok..dah semester 6....mmg bz sangat pagi tadi...
menjelang pukul 9 pagi nak ke pukul sepuloh mcm tu..aku dan team aku..pegi la minum pagi jap..sbb dh clearkn sume keje2 kan....aku masuk2 je kat port rehat..(nme lainnye tangga..)...menyirap darah aku....budak junior semester 4...punye la sedap tidur kat mother bed....due ekor tido...2 eko lagi men henpon....patut la x pnh nmpk buat keje.....haishh..macam cilake je....itu x pe lagi....dh brape lame diorang melepak kat situ..kami nk minum pagi nih..duduk la kat tangga..sebab sume kerusi diorang dah conqer,,,mane perginye sikap hormat menghormati...tak blaja kat kelas ker...sungguh biadap...boleh ke dia buat derrk je bila perasan kehadiran kami nih....nnt kalu bg nasihat...buat muka plak....nasib diorang la dapat senior macam kami..x banyak bunyi....kalau datang jahat aku..aku tulis name ko anta kat madam....alasan,,tido dlm wad...bangang betol la....tak pe...nnt satu hari nanti..tau la ko...sume benda ko x tau buat kat wad...tak guna kalau terer dekat kelas,exam sumer,kalau kat wad tibe2 jd bangang..sah x bleh pakai....kejadah haramm betol la....


aku yang tengah bengang...
sori yer sbb guna harsh word..dah x tahan bebenor dah nih....

Monday, April 4, 2011

aku diserang!!!!

owh..tubuhku lemah longlai,selera mkn berkurangan,muscle cramp...bukan kah itu tandanya seperti mau demam..cuma suhu belum meningkat...apakah yang di maksudkan dengan demam sebenarnya??


demam atau nama lainnya ialah pyrexia adalah kenaikan suhu tubuh badan lebih daripada normal iaitu suhu oral yang melebihi 37 atau suhu rektum 37.2.


hehehe..lain2 info boleh la search sendiri ok....saje je nak bagi tau yang aku tengah mengalami demam...ok..nak makan ubat,nk tido...




owh!!lagi satu...kne tido awal,esok nk bgun awal pagi..kalau x bangun..habisss....




p/s:boleh ke nak mimpi menikah hari ni????hahahahaha..*gatal*



Sunday, April 3, 2011

citer pasal kawen!!!!(citer chinese new year)

ahaks.....gatal nyer
 bunyi tajuk kat atas 
tuh....heheheehe...
memang time2 ni terase mcm
 nk kawen jer...
tp..dgn sape?????
owh..tidak!!!!!!
takde calonn.....hmmmm...
sume kawan2 aku 
dah ade pakwe,
tunang yang dah
 berlaki pon ade..

aku????haremmm....
hmm...tapi bagus jugak kalu 
x de pakwe nih..save kredit...
pastu x pyh nk bt report
 harian kalu g mne2...huish!!!!
(saje nak sedapkn ati..padahal,
biasanyer pakwe yang topup nnt)
owh....kesian....
mcm mne ni ek???
bio je kot..
perasaan ni jangan
 layan sangat...
nanti parah..susah...


hmm...kadang2..teringin pulak...
hai la badan..
bile la ko ni nk berpunya.....
hmmm..tadikan,balik keje
 pegi la shopping
 kat boulevard...haha..sebenarnye
saya tak der boypren....
 












x shopping pon...bli makanan je..
sbb x sempat nak makan..banyak keje...
hahaha...ni nak citer ni...

skrg kan nak tahun baru china
,so...ade la sale....sale????
ape yang sale??msti la
 jewelleries ok!!huih....
mau pitam tengok...kalu kayer...
lme dh aku borong ngan
 pekerja2 dia yang ensem2 tuh...
aku tertarik kat 1 benda....
nilah benda tuu...
cincin merisik











kalau lah ade orang datang..
tunjuk cincin ni kat umah sbb 
nk masuk meminang..time 2 jgk aku 
stujuu..tp dgn syarat...
aku msti berkenalan ngan dia dlu..
bkn sembarang.....hehehe...
n then....ade plak buat
 majlis tunang2 ni....hoih...
kalu dapat cincin kat atas ni....hmmm...
cincin tunang












jeles sumer perempuan..hahaha....

cantik kan3.......hahahaha....
beruntung nyer badan...
sape dapat nih......


ahh...tu seume mimpi dan angan2..
cincin kahwin
tp tak salah kan klu 
kita nak berangan..
angan2 itu juga boleh 
buat kita bersemangat 
untuk kita merialisasikan 
keinginan....ok....ni baru
 cincin...nanti kiter talk2 
about lain yer...
(penjahanaman bahasa inggeris)hhaha...