Monday, August 1, 2011

antara keinginan dan keperluan..

aku memang mementingkan keperluan daripada keinginan..patut ke macam tu??tapi bukan semua la...ntah la,aku sendiri pun tak pasti.aku pun tak jelas dengan perasaan aku sendiri..mcm mne yer budak2 sekarang senang sangat2 nak couple2...adakah mereka menganggap itu adalah salah satu keperluan??

bagi aku sendiri,itu smua hanya keinginan semata-mata.akau merasakan itu tidak perlu bagi aku buat masa sekarang..tapi,aku agak terkesan dengan fenomena couple2 ni..adalah beberapa kawan aku sudah hampir menuju ke gerbang perkahwinan setelah mereka bercouple untuk satu jangkamasa.malah,ada yang sudah pun berkahwin.mereka itu juga seusia dengan aku.

aku sebenarnya telah menanamkan satu prinsip ,tetapi,masih adakah golongan seperti aku yang masih mempraktikkan prinsip yang sama macam aku nih...

bukan apa,aku selalu memerhati persekitaran aku,ramai pasangan kekasih sering bergaduh..orang kata,kalau bergaduh tu memang adat dalam bercinta,tapi,,kalau dah pasang2 skandal,kejap couple kejap putus,ape kes plak ni...
kalau boleh,aku sendiri menginginkan jika suatu hari nanati ada seorang lelaki muncul dalam hidup aku untuk memberi kasih,lelaki itu juga akan menjadi kekasih,tunang,suami sampai bila2...itu pun dengan izin ALLAH s.w.t..

aku juga tidak lah menginginkan lelaki yang sempurna kerana diri aku tidaklah sesempurna mana,setiap manusia menginginkan yang terbaik untuk diri mereka.aku juga tidak mahu merasa sakit bercinta.tapi adakah aku akan mendapat cinta tanpa merasa sakit??

ntah lah,semenjak dua menjak ni,kepala otak aku ni penuh dengan benda2 macam ni..

aku tunggu kehadiran lelaki itu...

p/s:mane kamu ni yer???huhuhu...

1 comment:

  1. setiap perkara berlaku ada hikmahnye..cinta tanpa sakit? mustahil.. dugaan adalah ujian dari allah.bila dpat dugaan kia akan dapat perbaiki diri kita.bak kate lecturer kimia aku.."saya selalu ditipu, lama-lama saya jadi pandai" walau apepun..kamu banyakkan la berdoa. moga dapat apa yang dihajati.paling penting settlekan spm dulu..
    -mia berdiri teguh di belakang mady- haha!

    ReplyDelete